Apakah masih ada cahayanya untukku?


Aku tidak tahu kenapa, hening Ramadhan kali ini benar-benar membuatkan suasana menjadi syahdu dan sayu. Ditambah dengan alunan Al-Quran yang menjadi perhiasan saban ketika di sana sini, mengingatkan aku pada kenangan ketika kelas tahfiz sewaktu di Maahad . Sungguh, aku merindui suasana menghafal Al-Quran sambil ditemani awan biru yang mendamaikan, dengan angin yang berhembus perlahan. Aku rindu untuk bermuraja’ah di padang maahad yang menghijau, bersama-sama sahabat di kiri dan kanan yang turut sama menghafal. Aku rindukan suasana petang dan iramanya yang seolah-olah bersenandung bersama alunan quran yang kubaca.

Aku rindu untuk sentiasa berdua-dua dengan Al-Quran, menghafaz dan bermuraja’ah setiap hafalan, sambil menghayati setiap baitnya.

Aku rindu untuk mendengar bicara nasihat Ustaz Wahab, ustaz kelas tahfizku saat aku mengadu kesusahanku mengingati quran. Aku rindu untuk mengalirkan air mata saat aku merasa peritnya untuk menghafal…

Demi Allah yang maha Agung, aku merindui detik-detik bersama Al-Quran…

Dulu, aku sering bercita-cita untuk menghafal dan menjadi hafizah…

Aku ingin dekat sekali dengan Tuhan melalui kalamnya.

Aku ingin damai dan asyik dengan ayat-ayatnya. Tapi ternyata, jalan menujunya itu tersangat berat dan tersangat susah bagiku.

Bila mengingatkan kembali janjiku pada ustaz untuk menghabiskan 30 juzu’ Al-Quran, aku jadi malu pada diri sendiri, malu pada ustaz, dan terlebih lagi, malu pada Allah…

Ayat-ayat yang kuhafal semakin hari semakin pudar ditelan masa. Aku tidak tahu, dosa apakah yang melalaikan aku hingga sebegini. Sepatutnya, sebagai seorang yang bergelar pelajar jurusan agama, aku makin dekat dengan Al-Quran. Aku makin memahami isinya. Aku makin mengerti setiap kalamNya. Tapi, sebalikknya pula yang berlaku…

Oh ya Allah.. apakah ada cahaya Al-Quran untuk ku lagi..:’(

Advertisements
Posted in -Jejak Bertapak- | Leave a comment

Bila Tiada Ketenangan


Image

Bila
tiada tenang yang menyapa
tiada zuq di jiwa

hitung dan renung
mungkin Sang Perindu sedang mengetuk..

Posted in -Jejak Bertapak- | Leave a comment

..::SEnyum::…


..::SEnyum::...

Comelkan si kecil ini senyum.. ikhlas sahaja.

Sedangkan si kecil yang tidak memahami erti ikhlas ini bisa senyum sebegini ikhlas, mengapa kita yang dewasa dan mengerti  erti ikhlas, begitu kedekut sekali untuk senyum.

Jom, sama-sama kita belajar senyum dari si kecil ini..:)

Image | Posted on by | Leave a comment

SEMESTER 2


Alhamdulillah, semester kedua baru sahaja bermula beberapa hari yang lepas. Untuk semester kali ini, saya mengambil 5 subjek semuanya. Dicampur dengan credit hour yang lepas, mudah-mudahan Allah memudahkan urusan saya untuk beralih ke level 2 nanti. Amin.

Berganjak ke tahun 2013, maka umur saya semakin berganjak setahun. Pejam celik pejam celik, saya bakal berumur 21 tahun pada Disember ini. Subhanallah. Cepat sekali. Teringat kata-kata abah pada saya, katanya terasa saya masih lagi kanak-kanak kecil yang berumur 18 tahun….[18 tahun masih dikira kanak-kanak ke?lupa pulak nak tanya abah..hehe]

 

Untuk semester kali ini, Saya ingin mengisinya dengan senyuman, fikiran yang matang, jiwa yang tenang dan hati yang ikhlas. Amin!

Image

 
Posted in -Jejak Bertapak- | Leave a comment

PERMATA HATI


Minggu ini terasa lapang dan melegakan sedikit lantaran cuti peristiwa sempena Deevapali dan Maal Hijrah yang berselang seli.

Sahabat sebilikku, Syamimi dan Sarah mengambil peluang cuti ini untuk pulang ke Kelantan, manakala aku dan sahabat yang lain lebih betah untuk berada di sini sambil menyiapkan assingment yang bertimbun.

Entah mengapa dari kejauhan ini, rasa rindu kepada adik-adik terasa menggamit. Rindu pada Angah, Ateh, Uda, Acik dan Adik terasa begitu kuat sekali.

Terasa ingin berceloteh seketika tentang mereka di tinta hikmahku ini.

ANGAH

Angah adalah anak kedua dan merupakan anak lelaki sulung. Dari paras rupa dan susuk tubuh, dia banyak mengikut abah.

[Cuma, semestinya Angah tidak mampu melawan kehandsomen abah…hehe]

Angah amat rapat dengan umi.

Seperti remaja yang lain, angah juga suka memberontak. Tetapi semakin dia memberontak, dan semakin umi menegur dan kadangkala memarahinya, umi dan angah semakin rapat.

Berbeza dengan aku yang rapat dan banyak merujuk abah, Angah pula, lebih senang untuk bercerita dan meminta pandangan umi.

Angah sangat pandai memasak seperti umi (Alongnya ini pun boleh kalah jika bertanding memasak dengannnya…:D)

Namun, dia jenis yang tersangatlah auta orangnya. Jangan harap anda akan menang jika berhujah kata dengannya, meski anda berhujah atas fakta yang kukuh.

ATEH

Ateh atau lebih dikenali dengan ‘ Si Puteh’ ini pula merupakan ‘polis’ di rumah kami. Jangan harap anda akan dapat membuat macam-macam di rumah jika adanya si Puteh ini(…hehe)

Bila dia bersuara mempertahankan sesuatu, bergegar satu rumah dengan suara lantangnya . Tidak hairanlah jika suatu ketika dahulu, dia pernah bercita-cita untuk menjadi peguam sebelum beralih minatnya pada bidang perakaunan.

Si Puteh mewarisi ketegasan umi dan sangat cermat orangnya.Dia juga sangat matang dan kritikal. Oleh itu, adakalanya aku tidak segan untuk meminta pandangannya tentang sesuatu hal ataupun permasalahan kehidupan.

Kata Si Puteh, dia banyak belajar dari pengalaman hidupku yang sering aku ceritakan dan kongsikan bersamanya.

Kata-katanya itu menjadi pengingat buatku agar sentiasa mengambil langkah yang cermat dan matang dalam setiap keputusan hidup,  kerana  sebagai anak sulung, setiap langkah dan jejakku pasti akan menjadi contoh buat adik-adikku. Dalam masa yang sama, aku ingin menjadi kakak yang terbaik buat adik-adikku… Isya’allah!

UDA

Uda merupakan adik yang paling handsome dan agak sedikit cerah berbanding adik beradik lelakiku yang lain.

Dia adalah antara peminat fanatik  The  Red Warriors.  Pantang melihat baju red warriors, pasti ingin dibelinya.

Uda sangat pandai mengambil hati orang sekelilingnya terutama orang-orang tua. Mukanya yang innoncent dan kerajinannya ke masjid dan surau menjadikan dia sering mendapat perhatian orang kampung.

Uda juga sangat penyayang dan sangat sukakan haiwan. Wang sakunya sanggup dihabiskan untuk membeli makanan buat ikan dan kucing belaannya.

Pernah suatu hari, dia terjumpa seekor anak kucing yang berada di tepi jalan, lalu dibawanya anak kucing itu pulang dan dibela. Setelah beberapa ketika, umi meminta uda melepaskan anak kucing tersebut lantaran aku dan umi agak geli dan sedikit alah dengan kucing ( meski kami amat menyukai kucing). Air muka uda berubah. Aku dan umi serba salah.

Riak  sedih Uda masih segar diingatan saat diminta berbuat demikian hingga  mencairkan hati aku dan umi. Akhirnya aku dan umi mengambil keputusan untuk terus membiarkan dia memelihara kucingnya itu.

ACIK

Acik atau panggilan manjanya ‘Abe Cik’ , pada pandangan aku adalah adik lelaki yang paling cerdik di antara adik beradik lelaki yang lain.

Acik sangat meminati Sains dan Matematik,  dan dia agak tidak menggemari mata pelajaran yang berbentuk bahasa.

Di sekolah, dia antara pelajar lelaki yang menjadi sebutan guru dan diminati ramai.

Apa yang lebih melucukan, jika dia tidak hadir ke sekolah atau ke kelas tambahan, pelajar-pelajar perempuanlah yang akan sering bertanyakan tentang ketidak hadirannya itu.

Malah, jika ada sebarang urusan penting, pelajar perempuanlah juga yang akan cepat-cepat menghulurkan bantuan. Tidak hairanlah jika dikatakan, umi aku lebih rapat dan mengenali pelajar-pelajar perempuan yang sekelas dengan adikku berbanding dengan pelajar-pelajar lelaki yang sekelas dengannya.

Acik juga sangat pemurah. Seringkali lebihan wang saku yang disimpannya digunakan untuk belanja makan  kami adik beradik pada hujung minggu.

ADIK

Adik merupakan si bongsu yang mempunyai iras muka seperti aku.

Si bongsu ini tersangatlah manja. Kemanjaan dia bukan sahaja meluntur hati umi dan abah, tetapi juga melunturkan hati kami.

Selain itu, Adik juga tersangatlah suka bercakap. Setiap apa yang berlaku di sekolah, pasti akan diceritakan kepada umi, aku dan ateh. Kadangkala, jenuh juga untuk mendengarnya…(hehe..)

Tetapi,  mengusik dan bergelak tawa dengan dia adalah sebuah kecerian yang sukar diucapkan.

Jujurnya, dia menjadi kesayangan kami adik beradik…:)

 

 

 

 

 

 

Posted in -tinta sanubari- | 1 Comment

Hikmah dan Kita


Bismillahirahmanirahim


Ada kerangka masa, yang bila dirungkap, hanya membuatkan kita diterjah rasa tanya sedang hakikatnya, tika itu, pintu hati dan akal bukan masanya untuk dibuka dalam menyelami erti hikmah kehidupan.

Usah tergopoh bertanya mengapa, namun cuba mengenal erti usaha dan reda.

Hikmah itu kaya maknanya, luas maksudnya, dan mendalam tepat kena pada sang hamba, kerna itulah sebahagian aturan Sang Esa.

Bersyukur pada yang mencipta hikmah dan kita.

Subhanallah, indah pengajarannya mengajar kita menjadi hamba!

Posted in -Jejak Bertapak- | Leave a comment

Pingin Bebas


Bismillahirahmanirahim.

Sukar dan susah untuk menerima bilamana fantasi yang berlegar di jejak diri, menemui titik noktah realitinya. Sungguh, memakan masa jua untuk menerima sebuah kenyataan. Takdir hidup, garisannya kadang-kadang jauh dari sangka minda. Sang dhaif ini, begitu kerdil sekali. Matanya hanya bisa menafsir nikmat itu hanya bila dikurnia rasa bahagia. Sedang derita itu disangka sebaliknya. Hakikatnya, semua adalah kebaikan di sisi Maha Pencipta.

Sang dhaif ini terlalu manja, atau lebih tepat, sengaja memanjakan dirinya. Dia tidak ingin dan tidak mahu melepaskan dirinya dari merasa erti perit dan sakit. Dia buta mengenal  kehidupan. Justeru itu, dia terlalu jauh untuk menafsir erti sebenar sebuah realiti.

Waktu berganjak. Sedang dia mula melangkah dan menapak, terus mara. Dia membina cita dan dia tahu, untuk mengapai citanya ada sakit yang perlu dia rasa.

Pengalaman semalam, tinggal luka. Namun dia reda. Si dhaif tahu, ada rintisan hikmah yang tak terjangkau menantinya. Biarlah debu-debu semalam ditiup angin, biarlah semuanya berlalu pergi.

Mengikat, hanya membuat dirinya terikat. Memiliki, hanya membuatkan dia dimiliki. Dia tidak ingin terikat dan dimiliki oleh pengalaman lalu.

Si dhaif ini pingin bebas dari kebelenguan semalam! Dia pingin bebas!

Posted in -tinta sanubari- | Leave a comment