Menjejak Bumi Sebenar

           Setelah hampir beberapa bulan, aku mendekam di bumi nilai, ‘masa rehat’ singgah seketika, melapangkan masa padatku yang seringkali terikat. Kerja-kerja society yang seringkali menghambat dengan jadual meeting yang kebiasaanya memenuhi jadualku, seratus lapan puluh darjah berkurang, sedikit sebanyak mengkagetkan diri aku.

            Kesibukan di kampus ternyata meninggalkan kesan pada jasad rasa dan  akal fikirku, hingga menjadikan aku antara mereka yang tidak boleh duduk senyap dan diam tanpa melakukan apa-apa. Dua tiga hari berada dalam fatrah cuti tanpa apa-apa aktiviti terasa bagaikan berada dalam penjara yang tidak bereerti apa-apa pada diri. Tuhan saja yang tau betapa aku merindui kesibukan dan keletihan di kampus.

Justeru, bagi mengisi ruang waktu di samping menambah pengalaman, aku menyertai beberapa program kemasyarakatan di sini.

 Bergaul dan beraktiviti bersama masyarakat, sambil menyantuni mereka yang terdiri dari pelbagai latar belakang, pendidikan , agama dan taraf kehidupan, membuka mata dan mindaku. Beraktiviti bersama komuniti, yang mempunyai perbezaan dari hampir segenap segi, jika dibandingkan dengan beraktiviti bersama komuniti kampus, yang aras pendidikannya , rata-rata hampir sekata , membuntukan kita melakukan pendekatan yang berbeza.

Pendekatan yang lebih mesra alam dengan keterampilan yang ramah, tanpa ada apa-apa  gaps akan mendekatkan lagi diri kita dengan masyarakat. Sedikit keterbukaan mungkin juga diperlukan.

Advertisements

About tintaperjuangan

seorang yang suka memerhati.
This entry was posted in -Jejak Bertapak-. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s