Pemuda Hitam Yang Ditolak Pinangannya.

Bismillahirahmanirahim.
PEMUDA HITAM YANG DITOLAK PINANGANNYA.

     Petang ini, hujan turun renyai-renyai, mendinginkan alam yang sejak tadi diterikkan mentari. Angin sejuk menghelus lembut. Nyaman sekali. Sambil bertemankan hujan, aku menghabiskan masa, menatap dan mengintai hikmah dari kisah seorang sahabat nabi bernama Saad Assulami, seorang pemuda dari bani Sulaim. 

        Pemuda ini seorang hitam kulitnya, dan tidak seberapa wajahnya tapi mempunyai imani yang tidak berbelah bahagi kepada Tuhan dan Rasulnya.

Saad pernah meminang anak-anak gadis untuk dijadikan suri dalam hidupnya, tetapi ditolak lantaran kulitnya yang hitam dan wajahnya yang tidak seberapa. Dalam keadaan kecewa, dia mendatangi rasulullah dan bertanya kepada baginda…

“Ya Rasulullah saw, apakah akan terhalang seseorang itu masuk syurga disebabkan mukanya yang hitam dan jelek?”

Lalu Rasulullah saw bersabda:-

Tidak, demi Allah yang jiwaku di tangannya, selama Kamu YAKIN kepada Tuhanmu dan ajaran Rasulnya.

                Kemudian, Saad mengadu kepada rasulullah akan pinangannya yang ditolak kerna paras rupanya. Setelah mendengar luahan hati sahabatnya itu, Rasulullah menyuruhnya pergi ke rumah seorang sahabat bernama Amr Bin Wahab dan meminang puterinya yang sangat cantik dan cerdik bernama Aatiqah. Rasulullah juga menyuruh Saad menyampaikan kata-kata rasulullah bahawa banginda telah mengahwinkan Saad dengan Atiqah.

                 Dengan harapan yang mengunung, Saad pun pergi ke rumah Amr Bin Wahab, namun ditolak dengan kasar oleh Amr kerana Amr menyangka Saad telah berdusta.

                 Perbuatan Amr telah sampai ke pengetahuan puterinya Aatiqah. Menyedari akan kesalahan bapanya yang mengingkari arahan rasulullah, Atiqah berkata kepada bapanya

 “Wahai ayah carilah selamat, carilah selamat sebelum turun wahyu membuka perbuatanmu, dan jika benar rasulullah saw telah mengahwinkan aku dengan orang itu maka aku terima dengan hati yang terbuka dan rela atas apa yang telah direlakan oleh Allah dan rasulullah untukku.”

               Mendengar bicara puterinya, hati sang ayah bergetar. Lantas dia pergi menemui rasulullah dan meminta maaf atas kekhilafannya.

 Saad kemudiaannya dikahwinkan dengan Atiqah dengan mahar 400 dirham.

 Subhanallah….

MENGINTAI HIKMAH.

                          Tersentak hatiku, saat membaca kisah ini, aku begitu kagum dengan semangat Saad Assulami. Meski mempunyai kekurangan diri, namun dia tidak menjadikan itu sebagai penghalang untuk dia mencapai kebahagiaan. Dia berusaha mencapai apa yang diinginnya hingga suatu saat dia merasa sangat kecewa, namun dia tidak mengambil langkah membunuh diri atau memberontak dan mempersoalkan kepada allah mengapa diberinya kulit yang hitam dan rupa paras yang jelik, sebaliknya beliau mengambil keputusan untuk bertemu rasulullah bagi meminta pandangan dan bantuan baginda.

                           Insan agung yang dirindui ini, kemudiannya membina kembali keyakinan Saad dengan mengatakan syurga itu hanya untuk orang yang yakin dengan Allah dan ajaran rasulnya dan bukan di kira dari sudut paras rupa semata-mata. Tindakan baginda ini , mengajar kepada kita, seandainya sahabat kita berada dalam keadaan kecewa dan dirundung masalah, support lah dia, berikan kata-kata semangat buat dirinya, kerana kata-kata semangat ini, walaupun nampak kecil dan biasa, namun kesannya begitu mendalam buat mereka yang sedang berduka dan kecewa.

                          Selepas itu, Rasulullah membantu menyelesaikan masalah Saad dengan mengahwinkan Beliau dengan seorang gadis yang cantik dan cerdik bernama Atiqah. Di sini, jelas menunjukkan kepada kita, paras rupa, warna kulit mahupun harta dan suku kaum bukanlah perbezaan. Kita adalah sama selagi berpegang pada Syahadah yang satu.

                           Kemudian, kita dibentangkan tentang reality sikap kita melalui sikap Amr Bin Wahab. Sikap ‘judge the book by it’s cover’ menunjukkan sikap kita yang cepat menghukum. Amr bin Wahab tidak percaya bahawasanya rasulullah saw telah mengahwinkan Saad dengan puterinya, lantas dia menolak dengan kasar pinangan Saad dan menyangka Saad berdusta tanpa meneliti terlebih dahulu akan kesahihan berita yang dikhabarkan Saad kepadanya.

                          Islam mengajar kita untuk berlemah lembut sesama muslim, seandainya Amr tidak bersetuju sekalipun, mungkin dia boleh menolak secara lembut. Namun begitu, setiap manusia ada kekhilafannya, begitulah juga Amr yang mungkin saja tidak menyedari akan sikapnya yang menolak pinangan Saad secara kasar. Tapi pada akhirnya, dia memohon maaf atas kesilapannya, dan mengajar kita untuk tidak berat mengaku kesalahan kita serta ringan mengucap maaf atas apa yang kita lakukan.

                          Di samping itu, Atiqah, Sang Puteri yang Cerdik menunjukkan kepada kita, kelembutan dan kesolehan seorang muslimah bisa melunturkan keras hati seorang lelaki sebagaimana Atiqah melunturkan keegoan ayahnya dan menyedarkan ayahnya akan kekhilafan yang telah dilakukan Amr hingga mencetuskan gerun di hatinya kerna telah melanggar arahan Allah dan rasulnya.Kelembutan dan kesolehan seorang gadis andai digunakan pada tempat yang sewajarnya, pasti besar manfaat pada dirinya dan mereka sekelilingnya.

                       Selain itu, Atiqah juga menunjukan kecerdikannya dengan mentaati perintah Allah dan Rasulnya. Seandainya kita berada di tempat Aatiqah, seorang yang cantik dan punya akal yang cerdik, semestinya, kita pinginkan seorang yang setara paras rupanya dengan kita, seorang yang juga tampan dan sedap mata memandang. Tapi Aatiqah cerdik kerna cintanya kepada Allah dan Rasul, membuatkan dia tidak memandang semua itu. Dia tahu, pilihan rasulullah adalah yang terbaik buatnya. Lantas diterimanya dengan hati yang terbuka dan rela. Atiqah seorang yang cerdik kerna itu dia mentaaati Allah dan rasulullah, kita pula, apakah kita seorang cerdik dengan melanggar perintah Allah dan Rasul??… wallahualam.

-sekadar perkongsian dari insan yang serba kekurangan-
Hidayatun Mardiah,
Temangan.

Advertisements

About tintaperjuangan

seorang yang suka memerhati.
This entry was posted in -tinta sanubari-. Bookmark the permalink.

2 Responses to Pemuda Hitam Yang Ditolak Pinangannya.

  1. asyrafsalleh says:

    salam,sory mnyibuk..ntah naper tiba2 nk baca post2 dlm blog nie.. terkesima jgk bila membaca ayat2 yg dikarang.. sememangnya seorng yg berbakat dlm mnulis..ana dh byk kali nk try menulis,tp xdapat,mgkin ni bkn jalan dakwah yg sesuai utk ana..(tulis dlm fb boleh la..)
    truskan menulis.. ana mnantikan sbuah novel hasil karya mereka2 yg ana kenali..

    *jgn trkejut ye bila ada byk komen ana dlm blog nie..

  2. ilman says:

    boleh minta alamat e-mail penulis?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s