Langkah Pertama

        

       Memulakan langkah pertama , amatlah sukar, lebih-lebih lagi bagi mereka yang takut untuk keluar dari kepompong dunia yang sedia ada. Namun, hakikatnya, langkah pertama inilah langkah yang mencorakkan siapa kita. Langkah  yang akan membina semangat kita. Langkah yang akan menambahkan lagi keyakinan diri kita. Langkah yang akan mengajar kita erti hikmah sebuah kehidupan.

Kotak ketakutan yang terbelengu di akal fikir dan rasa, akan terpecah dengan sendirinya saat kita memulakan langkah pertama. Keberanian memecahkan kebelenguan ini, akan menemukan kita dengan suatu yang terpendam dalam diri kita.

Keberanian dan keyakinan untuk melangkah ke arah yang lebih baik!

Kejayaan sesuatu perkara bergantung kepada tindakan yang dilakukan. Jika kita tidak berani bertindak, apakah kita akan berjaya?

“Minda kita perlu diberi diajar dan diberi kefahaman bahawa setiap perkara yang dianggap sukar atau susah dilakukan menjadi mudah dalam sekelip mata sahaja apabila minda menganggap aianya senang! Segalanya terletak pada diri sendiri, bukannya pada situasi atau perkara yang ingin kita lakukan.”

Cuba kita perhatikan pada ciptaan allah yang maha hebat, Si bayi kecil. Bayangkan, andai si kecil takut untuk memulakan langkah pertama, apakah dia mampu untuk berdiri dan berjalan seterusnya berlari seperti anak-anak lain?

Nah…andai si kecil itu punya keberanian dan keyakinan sebegitu, mengapa tidak kita?

 

Advertisements

About tintaperjuangan

seorang yang suka memerhati.
This entry was posted in -Jejak Bertapak-. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s