PERMATA HATI

Minggu ini terasa lapang dan melegakan sedikit lantaran cuti peristiwa sempena Deevapali dan Maal Hijrah yang berselang seli.

Sahabat sebilikku, Syamimi dan Sarah mengambil peluang cuti ini untuk pulang ke Kelantan, manakala aku dan sahabat yang lain lebih betah untuk berada di sini sambil menyiapkan assingment yang bertimbun.

Entah mengapa dari kejauhan ini, rasa rindu kepada adik-adik terasa menggamit. Rindu pada Angah, Ateh, Uda, Acik dan Adik terasa begitu kuat sekali.

Terasa ingin berceloteh seketika tentang mereka di tinta hikmahku ini.

ANGAH

Angah adalah anak kedua dan merupakan anak lelaki sulung. Dari paras rupa dan susuk tubuh, dia banyak mengikut abah.

[Cuma, semestinya Angah tidak mampu melawan kehandsomen abah…hehe]

Angah amat rapat dengan umi.

Seperti remaja yang lain, angah juga suka memberontak. Tetapi semakin dia memberontak, dan semakin umi menegur dan kadangkala memarahinya, umi dan angah semakin rapat.

Berbeza dengan aku yang rapat dan banyak merujuk abah, Angah pula, lebih senang untuk bercerita dan meminta pandangan umi.

Angah sangat pandai memasak seperti umi (Alongnya ini pun boleh kalah jika bertanding memasak dengannnya…:D)

Namun, dia jenis yang tersangatlah auta orangnya. Jangan harap anda akan menang jika berhujah kata dengannya, meski anda berhujah atas fakta yang kukuh.

ATEH

Ateh atau lebih dikenali dengan ‘ Si Puteh’ ini pula merupakan ‘polis’ di rumah kami. Jangan harap anda akan dapat membuat macam-macam di rumah jika adanya si Puteh ini(…hehe)

Bila dia bersuara mempertahankan sesuatu, bergegar satu rumah dengan suara lantangnya . Tidak hairanlah jika suatu ketika dahulu, dia pernah bercita-cita untuk menjadi peguam sebelum beralih minatnya pada bidang perakaunan.

Si Puteh mewarisi ketegasan umi dan sangat cermat orangnya.Dia juga sangat matang dan kritikal. Oleh itu, adakalanya aku tidak segan untuk meminta pandangannya tentang sesuatu hal ataupun permasalahan kehidupan.

Kata Si Puteh, dia banyak belajar dari pengalaman hidupku yang sering aku ceritakan dan kongsikan bersamanya.

Kata-katanya itu menjadi pengingat buatku agar sentiasa mengambil langkah yang cermat dan matang dalam setiap keputusan hidup,  kerana  sebagai anak sulung, setiap langkah dan jejakku pasti akan menjadi contoh buat adik-adikku. Dalam masa yang sama, aku ingin menjadi kakak yang terbaik buat adik-adikku… Isya’allah!

UDA

Uda merupakan adik yang paling handsome dan agak sedikit cerah berbanding adik beradik lelakiku yang lain.

Dia adalah antara peminat fanatik  The  Red Warriors.  Pantang melihat baju red warriors, pasti ingin dibelinya.

Uda sangat pandai mengambil hati orang sekelilingnya terutama orang-orang tua. Mukanya yang innoncent dan kerajinannya ke masjid dan surau menjadikan dia sering mendapat perhatian orang kampung.

Uda juga sangat penyayang dan sangat sukakan haiwan. Wang sakunya sanggup dihabiskan untuk membeli makanan buat ikan dan kucing belaannya.

Pernah suatu hari, dia terjumpa seekor anak kucing yang berada di tepi jalan, lalu dibawanya anak kucing itu pulang dan dibela. Setelah beberapa ketika, umi meminta uda melepaskan anak kucing tersebut lantaran aku dan umi agak geli dan sedikit alah dengan kucing ( meski kami amat menyukai kucing). Air muka uda berubah. Aku dan umi serba salah.

Riak  sedih Uda masih segar diingatan saat diminta berbuat demikian hingga  mencairkan hati aku dan umi. Akhirnya aku dan umi mengambil keputusan untuk terus membiarkan dia memelihara kucingnya itu.

ACIK

Acik atau panggilan manjanya ‘Abe Cik’ , pada pandangan aku adalah adik lelaki yang paling cerdik di antara adik beradik lelaki yang lain.

Acik sangat meminati Sains dan Matematik,  dan dia agak tidak menggemari mata pelajaran yang berbentuk bahasa.

Di sekolah, dia antara pelajar lelaki yang menjadi sebutan guru dan diminati ramai.

Apa yang lebih melucukan, jika dia tidak hadir ke sekolah atau ke kelas tambahan, pelajar-pelajar perempuanlah yang akan sering bertanyakan tentang ketidak hadirannya itu.

Malah, jika ada sebarang urusan penting, pelajar perempuanlah juga yang akan cepat-cepat menghulurkan bantuan. Tidak hairanlah jika dikatakan, umi aku lebih rapat dan mengenali pelajar-pelajar perempuan yang sekelas dengan adikku berbanding dengan pelajar-pelajar lelaki yang sekelas dengannya.

Acik juga sangat pemurah. Seringkali lebihan wang saku yang disimpannya digunakan untuk belanja makan  kami adik beradik pada hujung minggu.

ADIK

Adik merupakan si bongsu yang mempunyai iras muka seperti aku.

Si bongsu ini tersangatlah manja. Kemanjaan dia bukan sahaja meluntur hati umi dan abah, tetapi juga melunturkan hati kami.

Selain itu, Adik juga tersangatlah suka bercakap. Setiap apa yang berlaku di sekolah, pasti akan diceritakan kepada umi, aku dan ateh. Kadangkala, jenuh juga untuk mendengarnya…(hehe..)

Tetapi,  mengusik dan bergelak tawa dengan dia adalah sebuah kecerian yang sukar diucapkan.

Jujurnya, dia menjadi kesayangan kami adik beradik…:)

 

 

 

 

 

 

Advertisements

About tintaperjuangan

seorang yang suka memerhati.
This entry was posted in -tinta sanubari-. Bookmark the permalink.

One Response to PERMATA HATI

  1. Begitu pelangi sekali keluarga saudari. Indah bukan menjadi seorang kakak? Cerita mengenai diri sendiri lebih tersentuh, berkesan dan lebih mudah. Ianya modal yang sangat baik. Teruskan 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s